Published in June 8th, 2009
Pada 6-Jun-2009 telah berlangsung majlis perkahwinan sepupuku Sharifah Syazwani Syed Salim. Beliau adalah anak bongsu kepada keluarga pakcikku yang merupakan adik kepada ayahku. Sambutan meriah bermula pada petang Sabtu sebaik akad nikah dilangsungkan di masjid dan diikuti pula dengan sambutan berinai besar pada malamnya.
Rombongan pengantin lelaki yang tiba pada jam 9 malam telah disambut mesra […]
continue reading.....
Published in April 30th, 2009
Itu bukan saprah mengalas hidangan tapi itu adalah nama pembantu rumahku yang berasal dari Lampung utara, Sumatera. Beliau bukanlah pembantu rumah yang diganti oleh ejen lamaku. Aku mengambilnya dari ejen lain dengan kos hampir RM4500. Orangnya agak berumur tetapi amat mesra dengan anak-anakku. Inilah kriteria paling penting dalam pemilihan pembantu rumah. Beliau telah pun mempunyai […]
continue reading.....
Published in February 26th, 2009
Tanggal 10-Feb-2009, aku melangkahkan kaki ke pejabat CIMB. CIMB bukanlah asing bagiku cuma agak kekok juga pada mulanya setelah hampir 2 tahun bergerak secara freelancer. Kenapa pula aku ingin bekerja setelah 2 tahun bergerak sendirian? Tak lain dan tak bukan ialah tawaran mereka berjaya memikat aku untuk menyumbang kepakaran bersama CIMB. Aku bukanlah kakitangan CIMB […]
continue reading.....
Published in January 15th, 2009
Dah lama juga tak membawa keluarga bercuti dan tah kenapa kami pilih 13-Nov-2008 untuk bercuti ke Genting Highlands dan Bagan Lalang. Memang seronok budak-budak bila pergi tempat macam tu. Musim cuti sekolah memang ramai betul manusia di puncak Genting, sampai habis semua bilik hotel. Bayangkanlah, First World Hotel yang khabarnya punya 5 ribu bilik tiada […]
continue reading.....
Published in January 5th, 2009
Bukan main semangat lagi dia ni. Pakai beg baru sandang kat belakang badan setiap masa. Sampaikan tidur pun masih lagi memakai beg kat belakang. Dah macam Ninja Turtle pun ada. Hari pertama masuk sekolah memang mengujakan bagi dia. Jumpa kawan-kawan dan cikgu. Yelah, PASTI bukanlah asing bagi dia sebab dulu dia memang selalu lepak kat […]
continue reading.....
Published in December 5th, 2008
Bacalah Kami Sibuk Bahagian 1 dulu …
Selepas isteri ditahan di wad pada 9-Jul-2008, sekitar jam 10pm, saya menelefon ibu mertua untuk memaklumkan keadaan semasa dan beliau bercadang mengambil ke semua cucunya balik ke rumah beliau pada malam itu juga. Maka saya pun tanpa rasa risau tidur di Pusat Perubatan Kajang Plaza. Hanya tinggal pembantu rumah […]
continue reading.....
Published in October 8th, 2008
Ribut telah melanda Bandar Tasik Kesuma pada 5-Okt-2008 disebelah petang. Kawasan yang teruk mengalami kerosakan ialah di Fasa 6 yang terdiri dari blok rumah pangsa.
Mujur pada ketika itu kami tiada di rumah dan tiada sebarang kerosakan besar yang menimpa kami. Walau bagaimanapun, penat juga mengelap lantai dan meja tulis yang dibasahi air kesan dari limpahan […]
continue reading.....
Published in September 29th, 2008
Aidilfitri muncul lagi disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Buat semua yang meraikannya saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin“. Raikanlah hari tersebut dengan penuh bermakna bersama keluarga tersayang. Kekalkanlah tradisi ziarah-menziarah sesama kita.
Tahun ini saya beraya bersama keluarga isteri di Kuala Kangsar, Perak. Berangkat ke sana sehari sebelum Raya dan bergerak balik […]
continue reading.....
Published in September 15th, 2008
Mungkin agak terlewat untuk memberitahu pembaca Blog ini bahawa saya dapat baby boy. Alhamdulillah, lebih kurang jam 12:43am pada 10-Julai-2008, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.5kg. Ini merupakan anak ke-3 dalam keluarga saya. Asalnya hantar isteri pergi check-up mingguan menjelang tarikh bersalin, tapi entah macammana diarah masuk wad kerana tanda-tanda nak bersalin telah ada. Kelam-kabut […]
continue reading.....
Published in September 4th, 2008
Pada minggu lepas iaitu hanya seminggu sebelum bulan Ramadhan, terdapat dua kematian melibatkan saudara disebelah emak dan bapa saya. Allahyarhamah Ende Ijan adalah isteri kepada sepupu bapa saya iaitu Ami Zakaria bin Syed Mansur Bin Syed Ali. Manakala Pok Long Sarip, seorang bekas guru adalah sepupu emak dan bapa saya.
Sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka […]
continue reading.....