Salam sejahtera semua,
Bertemu kita dalam edisi sulung blog saya yang bernama www.nasirjalil.com. Blog ini dikhususkan untuk menyimpan khazanah berkaitan dengan empunya blog seperti maklumat percutian keluarga, salasilah keluarga, peristiwa dan sebagainya. Disamping itu diselitkan juga bahagian Sukan dan Umum untuk memberikan ruang kepada penulis dan pembaca berkarya.
Terima kasih
Saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap sesiapa jua yang melayari blog ini dan anda amat digalakkan untuk memberikan komen terhadap artikel yang ditulis. Lebih banyak komen lebih meriah dan lebih pengetahuan sesama kita.
Nasir.
