Salam sejahtera.
Pada 17-Apr-2008 yang lalu, Tuan Haji Syed Abd Jalil Syed Abdullah dan Hajjah Sarah Zainudin telah pergi menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah. Penerbangan dengan pesawat MAS MH150 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3:20pm dan selamat tiba di Jeddah pada hari yang sama pada jam 7:00pm. Penerbangan dengan kelas ekonomi menggunakan ejen ZMD Travel & Tours Sdn Bhd. Kos keseluruhan bagi setiap orang adalah RM5,497. Kos-kos lain adalah passport antarabangsa sebanyak RM300 setiap seorang. Jumlah RM5497 itu adalah termasuk :

Pakej Termasuk :

  • Penginapan 3 malam di madinah dan selebihnya di mekah
  • Tiket penerbangan + cukai penerbangan malaysia airlines
  • Makan dan minum di sepanjang aturcara.
  • Pengangkutan di sepanjang aturcara.
  • Perkhidmatan mutawwif.
  • Air zam-zam (10liter)
  • Visa umrah
  • Beg/buku panduan umrah
  • Kursus umrah

Maklumat Penerbangan : RH57HY
1. 1KALTHUM/ZAINUDDINMDM 2. 1SARAH/ZAINUDINMDM
3. 1SYEDABDULJALIL/SYEDABDULLAH
1 MH 150 M 17APR KULJED RR3 1520-4 1900-4 Y-M *E
2 MH 151 M 26APR JEDKUL HK3 2100-6 1055-7 Y-M *E

Mak Abah Pergi Umrah

Rombongan umrah ini di pihak keluarga turut disertai oleh beberapa saudara-mara iaitu Makteh, Makcik dan Pakcik Zainudin serta anaknya Intan, Maklang Kamariah dan anak menantunya, Rizal dan isteri, Zura dan suaminya.

Mak Abah Balik Umrah

Selepas berada lebih kurang 9 hari di negara Arab Saudi, rombongan umrah telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10:55am 27-Apr-2008. Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan memuaskan dari segi keperluan perjalanan dan kesihatan. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua saudara-mara yang telah berusaha menjaga kebajikan ayahanda dan bonda saya.