Salam sejahtera,Semalam 2-Dis-2007 telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara ibuku iaitu Norjaliza dirumah bapanya Abdul Jalil Wahab di Padang Jawa, Shah Alam. Padang Jawa ialah sebuah perkampungan Melayu terletak di Shah Alam berdekatan dengan Puspakom. Lokasi ini juga bertentangan dengan kampus induk UiTM. Padang Jawa adalah kampung ibuku terletak di Lot 1414. Pada sebelah malam sebelum majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung majlis berinai yang dihadiri saudara terdekat.
Kelihatan pengantin diapit oleh keluarga selepas selesai sesi berinai. Juga kelihatan didalam gambar ialah Opah pengantin.
Di keesokan harinya 2-Dec-2007 jam 11pagi pasangan mempelai dinikahkan dirumah disaksikan oleh sanak saudara. Pengantin lelaki, Mohamed Subaqir Bin Ithnin melakukan sekali lafaz yang telah mengesahkan beliau sebagai suami kepada Norjaliza Abd Jalil.
“Selamat Pengantin Baru Buat Anda” dari saya. Bapa pengantin memaklumkan kepada pengantin lelaki bahawa beliau menyerahkan anaknya kepada pengantin lelaki dan juga berpesan kepada pengantin lelaki agar menjadi khalifah yang baik dan janganlah dicacatkan tubuh badan anaknya sekiranya ada pertelingkahan kerana berbincang itu adalah lebih baik.
Buat pengantin lelaki, “Renung-renungkan dan selamat beramal …”
Kegembiraan diterjemahkan dengan aksi penutup majlis persandingan. Opah agak terkejut dengan aksi tersebut, mungkin dalam hati beliau, “eheh… apa diaorang buat ni, kalau aku lompat kang, roboh pulak pelamin ni, apa aku nak buat ni… masa aku sanding dulu, tak pulak macam gini… arghhh… buat-buat terkejut ajelerr…”
Apapun Opah, terimakasih kerana memberikan pose istimewa dan selamat pengantin baru Norjaliza dan pasangan, semoga berbahagia selamanya.



