Lokasi : Di rumah Syed Zulkefli Syed Abd Jalil (Zul)
Siapa yang nikah? Yang nikah tu adalah adik bongsu kepada isteri Zul. Faham tak? Ok kita tukar sikit… pengantin perempuan adalah merupakan adik ipar bongsu kepada Zul. Tak paham lagi? Kalau masih tak paham, sila telefon Zul. Zul tu pulak siapa dengan aku? Dia tu abang aku.
Ada 2 jurugambar tak termasuk aku. Tapi aku guna kamera zaman dinasour aje. Tak macam diaorang, guna kamera setinggi KLCC. Sebab tu gambar yang aku ambil tak jelas. Memangla tak jelas sebab salah setting rupanyer… haru betul. Majlis berlangsung dengan cuaca yang amat baik sekali, tak panas tak sejuk.
Tepat jam 11 pagi, ketibaan rombongan pengantin lelaki memasuki perkarangan rumah pengantin perempuan dan sebahagian dari mereka memenuhi ruang tamu untuk menyaksikan majlis pernikahan. Aku banyak berada diluar sebab lebih sejuk berbanding didalam.
Pengantin lelaki yang menjadi buruan media sejak awal dengan tenang melakukan lafaz nikah dengan sekali lafaz sahaja. SAH! tanya tok kadi kepada para saksi dan saksi pun jawab SAH. Mesti semua orang dengar punya sebab ada siaran audio yang dipancarkan ke kawasan depan rumah, tepi dan juga dapur.
Manakala di belakang rumah pulak, keadaan pada sebelah pagi yang agak sibuk kini kembali stabil dengan tiga periuk besar nasi telah siap dimasak. Lauk-pauk mungkin telah dimasak pada malam sebelumnya. Periuk yang satu tu biasanya ditinggalkan untuk pengantin lelaki untuk dikilatkan kembali. Tak tau la samaada pengantin lelaki terselamat atau pun tidak. Memang inilah yang biasanya diamalkan oleh warga di sini sejak manusia mula mengenal periuk. Yang masak dan yang tolong masak, biasa awal-awal lagi dah cabut sebab takut terlibat sama.
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
