Salam sejahtera,
Pada 30-Dis-2007 telah berlangsung majlis perkahwinan Sharifah Ainil Huda Bte Syed Fulizan bersama pasangannya Syed Murshidi Syed Mubarak bertempat di Lot 1686, Jln Tanjung, Lorong Nipah, Kampung Telok Menegon, 40460 Shah Alam.
Terlanjur saudara-mara berhimpun, 2 hari sebelumnya iaitu pada 28-Dis-2007 kira-kira jam 10 malam telah diadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Syed Abd Jalil Syed Abdullah, Rosnah Abd Wahab, Syed Salleh Syed Salim, Syed Salim Syed Abdullah dan beberapa orang lagi yang lahir di bulan Disember. Majlis bacaan doa selamat telah disampaikan oleh Syed Salleh Syed Salim.
Seperti biasa pada pagi 29-Dis-2007 adalah waktu yang paling sibuk untuk menyediakan juadah bagi santapan tetamu pada keesokan harinya. Terima kasih kepada barisan pekerja sukarela yang terdiri dari jiran tetangga dan sanak saudara yang telah sudi mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan misi ini. Ingat tu Huda! Janganla lupa pulak nak bawa Shidi berjalan ke rumah saudara-mara selepas ini untuk tujuan suai-kenal.
Disebelah petang 29-Dis-2007 pula, upacara terpenting dalam sejarah iaitu majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Ar-Rahimin, Telok Menegon, Klang. Majlis bermula selepas solat Asar. Dengan sekali lafaz nikah, Huda disahkan menjadi isteri kepada Murshidi.
Kelihatan pengantin lelaki merenung surat perakuan nikah sementara. Entah apala yang bermain difikiran si Shidi, mungkin dia rasa cam tak percaya pula yang dia dah jadi suami bermula pada saat itu. Apapun, tahniah buat Shidi dan Huda! Di keesokan harinya, mempelai telah disandingkan dengan penuh meriah.

Kelihatan didalam gambar adik-beradik, ipar-duai, anak-anak saudara dan ibu pengantin perempuan. Kini hanya tinggal seorang lagi yang belum berkahwin di pihak pengantin perempuan. Tapi bukan perempuan, dia adalah abang kepada Huda iaitu Syed Adib Syed Fulizan, bermisai tebal macam Degawan dan berkacamata.
Sekian laporan dari saya, salah silap harap dimaafkan.




