Salam sejahtera,
Semalam, 2-Sep-2007 telah berlangsung majlis tahlil di rumah Syed Abd Jalil Syed Abdullah selepas solat Zuhur. Majlis Tahlil yang dipimpin oleh En. Jalil (Bangah Jalil) bermula pada jam 2.10 petang dan berakhir pada jam 2.50 petang. Sejurus selepas itu satu jamuan makan tengahari telah diadakan. Jemputan untuk majlis ini terhad kepada keluarga terdekat sahaja. Tiada khemah yang dipasang di depan rumah, hanya menggunakan ruang tamu sebagai laman utama. Oleh yang demikian, saya bagi pihak Syed Abd Jalil Syed Abdullah ingin memohon maaf kepada saudara-mara dan sahabat handai yang tidak dijemput ke majlis ini memandangkan majlis ini berskala kecil dengan mengambil kira saiz ruang tamu yang agak terhad.
