Bukan main semangat lagi dia ni. Pakai beg baru sandang kat belakang badan setiap masa. Sampaikan tidur pun masih lagi memakai beg kat belakang. Dah macam Ninja Turtle pun ada. Hari pertama masuk sekolah memang mengujakan bagi dia. Jumpa kawan-kawan dan cikgu. Yelah, PASTI bukanlah asing bagi dia sebab dulu dia memang selalu lepak kat situ sewaktu menghantar dan mengambil abangnya bersama Bibik.
Tengokla tu, mamat ni memang kaki bergambar dan menari. Pantang kita suruh dia pose sikit, dia pun tak segan silu buat gaya macam-macam. Menari golek punggung memang mama dia pun tak boleh buat. Masuk kelas hari pertama terus duduk dan start mewarna.
Tapi itu cerita dulu, kini dia telah mula berubah. Tak mahu ke sekolah, hanya nak ke TASKA aje. Pernah aku gertak dia “kalau adik tak pergi sekolah, papa mandikan adik dengan air sejuk”. Dia memang takut mandi air sejuk waktu pagi. Dia jawab “adik nak mandi air sejuk”. Kalau beginilah jawapannya, maknanya memang Pasti dia tak nak ke PASTI.


