Majlis pernikahan Saidatul Hafeeza Mohd Rashid bersama pasangannya Erwansya Alias telah berlangsung di Masjid As-sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Asar. Jika tidak silap, terdapat 6 pasangan dinikahkan pada waktu tersebut dan kesemuanya telah dinikahkan oleh wali masing-masing, ada datuk nikahkan cucu, bapa nikahkan anak dan tidak terkecuali Acu (Mohd Ashfak Sofian Mohd Rashid) telah mengambil tanggungjawab menikahkan adindanya. Maka, kini tinggallah beliau sahaja yang perlu dinikahkan. Tak tahu bila, tapi rasanya tidak mungkin untuk tempoh 2 tahun ini kerana selepas 3 minggu adindanya berkahwin, beliau berlepas ke Dubai untuk bertugas di sana bagi tempoh 2 tahun khabarnya.

feeza nikah

Di keesokan harinya, telah berlangsung majlis resipi mengikut kata si Mawi, di rumah pengantin perempuan di Taman Permata bersebelahan Giant Ulu Kelang. Ramai sanak-saudara sebelah bapa pengantin dari Jertih dan Kelantan hadir pada majlis tersebut.

feeza resepsi 1

Dengan bersongket warna ungu purple termasuklah aku-aku sekali kena mewarnakan diriku dengan warna tema tersebut. Nasib baik tak warna hijau green, kalau tak tentu aku kena jadi macam perempuan dalam gambar kat bawah ni. Nak mencelah sikit pasal gambar orang hijau ni. Dia ni mungkin aktivis alam semulajadi, ini gambar yang diambil oleh kakak pengantin di Athens. Bila isteri aku ambil aje gambar dia, terus dia panggil dan minta masukkan duit dalam tabung emas kat depan dia tu. Hai, macam-macam kerenah minah Greece ni.

athens-orang-hijau

Aku telah bertugas penuh amanah menyambut tetamu di sebelah selatan manakala ibu pengantin disebelah utara. Banyak juga kutipan dan telah diserahkan kepada pegawai kewangan yang dilantik.

Sebenarnya ada satu majlis kecil disebelah pagi iaitu majlis marhaban dan cukur jambul baby Imran. Beliau berusia 30 hari sewaktu ibu saudaranya dinikahkan. Maka kesempatan itu aku ambil untuk mengadakan majlis akikah Imran. Daging kambing diproses di rumah datuknya di Kelang, dimasak, dipek dan dihantar ke Ulu Kelang.

akikah imran

imran taska

Selang dua minggu selepas majlis resepsi di Kuala Lumpur, rombongan pengantin perempuan bertandang pula ke Simpang Renggam, Johor. Dua pasangan disandingkan pada majlis tersebut di mana satu pasangan lagi adalah adik kepada suami Saidatul Hafeeza. Kepada pasangan yang berkenaan, “Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia”.