Aidilfitri muncul lagi disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Buat semua yang meraikannya saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin“. Raikanlah hari tersebut dengan penuh bermakna bersama keluarga tersayang. Kekalkanlah tradisi ziarah-menziarah sesama kita.
Tahun ini saya beraya bersama keluarga isteri di Kuala Kangsar, Perak. Berangkat ke sana sehari sebelum Raya dan bergerak balik ke Kelang pada pagi hari raya ke-2. Memandangkan ibu mertua pertama kali beraya berseorangan, maka, wajarlah kami menemaninya di malam Raya dan membawanya ke kampung halamannya untuk memeriahkan suasana pagi Raya. Anak beliau yang ke-2 kini berada di Dubai, bertugas di sana selama 2 tahun dan anaknya yang bongsu pula pertama kali beraya bersama keluarga suami di Simpang Renggam, Johor.
Tahun ini juga amat bermakna buat kami sekeluarga kerana kehadiran baby Imran dalam hidup kami. Tak sabar nak nengok ketiga-tiga anak kami mengenakan baju melayu. Tema tahun ini ialah cintakan alam kehijauan, apalagi warna hijaula luar dan dalam…

::Kad Ucapan Raya Percuma
Jom nyanyi! Suka-suka aje, Abang, Adek, Baby, ready yea!
