Salam sejahtera,
Baru-baru ini saya ada berhubung dengan komuniti Asyraaf yang menyelidik dan mengkaji salasilah Syed. Satu usaha yang murni dari pertubuhan ini. Mereka adalah pertubuhan yang berdaftar. Website pertubuhan ini adalah http://www.asyraaf.net dan forum pula adalah http://forum.asyraaf.net
Dalam forum pula saya telah berkenalan dengan seseorang yang mempunyai pertalian dengan Tok Kintan (Lanchang). Seronok pula bila akhirnya blog ini dapat membantu menjejak salasilah keluarga saya. Saya masih lagi berhubung dengan beliau untuk mendapatkan kesahihan. Nantikan… selalu-selalulah jengok blog ini.
