Salam sejahtera,
Pada hujung minggu yang lalu iaitu 16-Dis-2007, saya telah berpeluang ke Sabak Bernam dan telah bertemu dengan keluarga sepupu ayah saya iaitu Sharifah Teh, anakanda kepada Sharifah Salmah Syed Ali Bin Syed Alwi Bin Syed Ahmad. Sekurang-kurangnya dapatlah saya sedikit sebanyak melengkapkan bahagian keluarga disebelah pihak Syed Ali. Itulah objektif saya pada ketika ini sebab saya merasakan tugas melengkapkan maklumat disebelah anak cucu Syed Ali lebih mudah.