Ehmmm …
Memang susah nak membentuk dokumentasi mengenai susur galur keluarga. Penulis sedang mencari-cari perisian komputer yang sesuai untuk melaksanakan misi membentuk carta alir salasilah keluarga di sebelah ayah dan ibu. Sementara menunggu akan proses pencarian perisian tersebut, dapatlah kiranya sesiapa yang terbaca blog ini dan sekiranya anda ada pertalian darah (kalau nak pasti, buat ujian DNA), silalah poskan komen anda dengan menceritakan tentang latar belakang diri anda, dimulai dengan menyatakan :

Nama : nama penuh

Alamat : alamat penuh yang surat boleh sampai

No Telefon : nombor yang kalau dail mesti dapat cakap punya

Keterangan : Serba sedikit tentang orang yang pos mesej tersebut. Contoh : Apa kaitan anda dengan cerita yang anda hendak sampaikan, dsb.