Salam sejahtera,

Beberapa minggu yang lepas saya dihubungi oleh Saudara Syed Ridzwan Al-Yahya yang saya kenali melalui Internet. Beliau memaklumkan mengikut sumber dan hasil siasatan yang dilakukan, maklumat yang mengatakan bahawa Syed Alwi Bin Syed Ahmad telah datang dari Hadramaut dan menetap di Sabak Bernam adalah benar. Allahyarham dikatakan telah datang bersama saudaranya, Syed Husin Bin Syed Ahmad ke kawasan Nusantara dan saudaranya telah menetap di Ambon, Indonesia. Saya kagum dengan kesungguhan Saudara Syed Ridzwan yang begitu aktif memainkan peranan menjejak salasilah Syed. Beliau juga sebenarnya ingin berjumpa dengan saya, namun masih belum berpeluang kerana masing-masing agak sibuk pada ketika ini. Mungkin sepupu saya Syed Salleh Bin Syed Salim mengenali beliau kerana sepupu saya ini juga agak aktif menghadiri perjumpaan-perjumpaan anjuran Asyraaf di sekitar lembah Kelang.