Dah lama juga tak membawa keluarga bercuti dan tah kenapa kami pilih 13-Nov-2008 untuk bercuti ke Genting Highlands dan Bagan Lalang. Memang seronok budak-budak bila pergi tempat macam tu. Musim cuti sekolah memang ramai betul manusia di puncak Genting, sampai habis semua bilik hotel. Bayangkanlah, First World Hotel yang khabarnya punya 5 ribu bilik tiada satu pun kosong, bilik air aje yang kosong.
Kami pun hanya walk-in saja dan akhirnya menginap di Hotel Seri Malaysia. Terpaksalah kami naik-turun Genting. Cuaca pula sentiasa mendung sebab memangpun musim hujan. Tapi tak apa la asalkan anak-anak enjoy.
Kelihatan dalam gambar di atas, si abang memujuk adiknya duduk diam-diam. Dia nak bawak laju-laju, tapi adiknya takut lalu berdiri nak keluar kereta sebab abangnya bawak tak ikut peraturan langsung. Memang bumper car menjadi salah satu game kegemaran si abang.
Selepas bersejuk di Genting Highlands, kami berpanas pula di Bagan Lalang. Sekali lagi kami menginap di Hotel Seri Malaysia. Yang ini hotel baru agaknya dengan susun atur dan kelengkapan yang masih baru. Sarapan pun boleh tahan sedapnya dengan banyak pilihan, tak macam Seri Malaysia Genting, makanan tak banyak pilihan. Banyak juga kedai ikan bakar di sini dan rasanya memang menyelerakan.





