Sempena cuti hari Wilayah yang lepas.. kami sekeluarga telah bercuti di Kuantan dan menginap di Hyatt Regency untuk 3 hari 2 malam.

hyatt-kuantan-2.jpg

Perjalanan dari KL - Kuantan mengambil masa lebih kurang 3 jam++, lebih2 lagi sekarang dah ada highway baru, lagilah cepat sampai ke destinasi.   Tak susah pun nak carik hotel yg bertaraf 5 bintang nih.. betul2 terletak bersebelahan dgn pantai yg paling popular di Kuantan; Teluk Cempedak

Pemandangan di sekeliling begitu indah dan menenangkan sekali.  Memang lokasi yang sesuai untuk bersantai seisi keluarga.

hyatt-kuantan-3.jpg

Anak-anak aku memang pantang nampak air.. lebih2 lagi laut yang berpantai.. seharian mereka bermain di pantai.  Lepas puas bergelumang dgn ombak dan pasir di pantai, terjun pulak ke kolam.. kira memang gembira sakanlah budak2 tuh.

hyatt-kuantan-1.jpg

Kami pasti akan datang lagi bercuti di sini…