Selepas percutian ker Genting, itulah perkara yg sering disebut2 oleh anak2ku.  Yerlah, dah hampir sebulan lebih, tambahan lak cuti sekolah, boringlah diorg asyik terperap jer kat rumah.  So, En. Nasir pun bercadang nak bawak family bercuti sambil jenguk sedara-mara yg tertentu, kebetulan lak ada yg sakit and ada gak yg dah lama tak berjumpa.  Kira cam bercuti sambil melawat lah tuh..  Perjalanan yg akan dilalui.. Klang -Cameron Highland - Kuala Kangsar - Kota Bharu - Jerantut - Lanchang - Klang.. Fuhhh!!  Sungguh mencabar percutian kali nih.. 

Utk last minute program nih, hampir seme hotel dah penuh.. maklumlah cuti sekolah.  So, nak taknak, either take it or leave it jerlah.  Percutian kami, turut disertai oleh Mak, Abah & Adik Zu (yg juga bertindak sbg AJK makanan… Thanks Adik!!)

Destinasi #1 : Cameron Highland - Sabtu, 27 Dec 2008

Perjalanan ke destinasi mengambil masa yg agak lama gak sbb terpaksa membontoti bas dihadapan kami ketika melalui jalan yg kecil dan menaiki bukit tuh.  Sampai di Ringlet, kami berehat seketika utk menunaikan apa2 yg patut.  Perjalanan di teruskan sehingga ke Tanah Rata.  Sesampai sahaja di situ, kami agak terkejut melihat deretan kereta yg panjang… punyalah ramainyer manusia bercuti kat sini, patutlah hotel seme penuh!!  Kami sekeluarga menginap di Apartment Desa Athurium, Tanah Rata - Punyalah besar dan cukup selesa, tp kena charge kow..kow gak lah..

Petang tuh, ingat nak pergi bersiar2 di sekitar Cameron Highland, tp masa kami lebih byk dihabiskan di dalam kereta.. jammed gilerr.. kenderaan tak bergerak!!  Perut memasing pun dah lapar, akhirnya kami buat keputusan utk carik tempat makan dan terus balik berehat..

Ahad, 28 Dec 2008 

Keesokan harinya, pagi2 lagi kami dah keluar dengan harapan untuk menunaikan semua aktiviti yg tergendala tuh… Aktiviti pertama, bersarapan di Ladang Teh Boh.

cuti-200812-2.jpg

Untuk ke Ladang Teh Boh, kami terpaksa menuruni bukit sehingga ke Ringlet.  Perjalanan ke ladang itu sendiri mengambil masa hampir 1/2 jam untuk sampai.. ingatkan dekat jerr..  tapi….

cuti-200812-41.jpg

Sesampai disana, kami mengambil kesempatan untuk menikmati hirupan teh yg segar… fresh from the farm!!  Harga dia takyah citerlah yer…hehehe. 

Masa on the way nak balik tuh.. si Abg, anakku yg sulung sibuk sgt nak tgk Air Terjun, jadi, utk memenuhi permintaan anak2 yg juga merupakan satu pembelajaran baru bagi dia, En. Nasir pun singgahlah jugak, walaupun dah tersasar daripada jadual perjalanan yg sebenar..

cuti-200812-3.jpg

Untuk destinasi kami yg kedua - Kuala Kangsar, kami bercadang menggunakan lebuhraya ke Simpang Pulai…  tetapi sebaik sahaja mendaki bukit untuk kesana.. kenderaan sudah pun bertali arus… sepanjang dari Tanah Rata sehinggalah hampir ke penghujung jalan menghala ke Lebuhraya Simpang Pulai!!  Rasa menyesal pun ada sebab banyak  masa habis begitu sahaja sedangkan perjalanan makin jauh lagi..

Sesampai di Kuala Kangsar, kami yang masing2 kebuluran, menjamu selera di tepi sungai pekan Kuala Kangsar yang sangat terkenal dengan Laksanya…

cuti-200812-5.jpg

Selepas melawat Pah Esah dan Tok Mad, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu melalui Lebuhraya Timur-Barat.  Hari sudahpun lewat tetapi perjalanan kami yang jauh lagi tuh harus diteruskan juga.  Setelah bertahan selama hampir 5jam++, kami akhirnya berjaya sampai ke Kota Bharu pada jam hampir 1.00am.  Tetapi cabaran yang seterusnya menanti kami iaitu mencari hotel penginapan.  Tak sangka pulak, bila dah tgh malam, bandar KB nih dah jadik cam pekan koboi lak…  takder lampu!!  Puas lah kami mencari lokasi hotel kami tuh, dan dengan berkat kesabaran semua, terutama En. Nasir, kami berjaya menemui hotel kami, yang indah khabar dari rupa tuh (first and the last lah tuh).  Tapi tak kisahlah.. perkara utama waktu itu ialah TIDUR!!  Letih tak terkata…

Destinasi #2: Kota Bharu - Isnin, 29 Dec 2008 

Setelah bersarapan, Pasar Khadijah adalah lokasi kami pagi tuh.  Kalau En. Nasir tak menjejaki kami, mesti lama lagi kami menghabiskan masa kat situ.  Tapi kami tidak mahu mengulangi perkara yg sama seperti semalam…  rasa serik dah!!  Tujuan kami kesini adalah untuk menemui Nenek ku (Ibu sebelah arwah Ayah) yg sudah lama tak berjumpa.  Kami dapat berjumpa dan melepaskan rindu pada Nenek yang pada hari tuh berada di rumah anaknya di Machang… selepas menunaikan solat Jamak Zohor-Asar, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Jerantut, Pahang - Rumah Ami Mat.  Perjalanan adalah melalui Gua Musang dan mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Pada jam 11.00 mlm, akhirnya kami sampai juga ke rumah Ami Mat yg terletak di Felda Padang Piol, Jerantut.  Mereka menyambut mesra kedatangan kami walaupun kira dah agak lewat jugaklah… Terima kasih Ami dan Ende untuk semuanya!!

Destinasi #3: Jerantut - Lanchang (Selasa, 30 Dec 2008)

Kami meneruskan destinasi seterusnya ke Lanchang, nak tengok gajah!!  Excited sungguh anak2ku, termasuklah mama dia skalik.. papa, ntahlah, nampak cool jerr..  Perjalanan ke sana mengambil masa dlm 1 jam ++  jer..  barulah kami rasa tak terkejar-kejar sangat kali nih..

Di Lanchang Elephant Sanctuary, masuk adalah percuma, tapi kena ambik sticker… Sticker lak, ada macam2 jenis… ada yg boleh naik gajah, yg boleh bagi makan, dan setakat menjadi pemerhati sahaja. 

cuti-200812-1.jpg 

Seronok betul anak2 aku dapat tengok gajah mandi dan makan… tengah2 seronok tuh, ada pulak berita yg tidak seronok.. abah hampir pitam!!  Panik gak kami semua…  kami bergegas melihat keadaan abah.  Mak pada waktu itu, yang sentiasa berada disisi abah, sedang mengurut2 abah… Abah muntah rupernyer… ala-ala dugal si Imran gaklah.  Kesian betul tgk abah.. Salah satu faktor mungkin disebabkan percutian kali nih lebih memenatkan dan terkejar-kejar… 

Semoga menjadi pengajaran kepada kami untuk lebih pandai membahagikan masa, dan memikirkan keadaan org lain jugak..  Tapi percutian kami sekeluarga kali nih tetap indah walaupun banyak dugaan yang dihadapi.