Bacalah Kami Sibuk Bahagian 1 dulu …

Selepas isteri ditahan di wad pada 9-Jul-2008, sekitar jam 10pm, saya menelefon ibu mertua untuk memaklumkan keadaan semasa dan beliau bercadang mengambil ke semua cucunya balik ke rumah beliau pada malam itu juga. Maka saya pun tanpa rasa risau tidur di Pusat Perubatan Kajang Plaza. Hanya tinggal pembantu rumah berseorangan di rumah.

Beberapa detik selepas tengah malam, isteri selamat melahirkan baby Imran disisi saya (doktor, mak bidan pun ada sama lah) . Awal-awal pagi lagi, saya bergerak ke rumah ibu saya membawa bungkusan uri utk ditanam. Selepas itu bergerak balik ke Pusat Perubatan Kajang Plaza bersama ibu saya membawakan sedikit makanan buat isteri. Kemudian, ibu mertua pula tiba bersama anak-anak saya. Ingatkan ibu dan baby Imran boleh keluar hari tersebut tetapi doktor tahan sehari lagi. Rancangan asalnya saya akan menghantar ibu saya dan anak-anak balik ke rumah dan saya kembali semula ke pusat perubatan tersebut, tetapi …

Setibanya di rumah, saya dapati pintu rumah berkunci. Saya memang ada kunci spare dan terus buka pintu besi. Rupanya kunci rumah berada di atas lantai di hadapan pintu papan, agak tersorok sedikit. Tapi kenapa??? Gerak hati saya, SAH! dia dah lari. Saya terus pergi ke bilik saya, komputer, fax, printer semua ada. Ahhh… lega, kemudian saya pergi ke bilik pembantu rumah dan mendapati beg baju beliau telah tiada. Manakala anak-anak saya sibuk memanggil-manggil “bibik baru, bibik baru kat mana?”. Saya katakan pada mereka “bibik dah lari”. Mereka tanya “kenapa lari, nanti jatuh kang … darah pulak”.Nasib baik anak-anak saya tiada bersama pembantu rumah dan dia pun tak ambil apa-apa barang berharga pun. Mungkin pada dia, kalau ambil barang itu haram, kalau lari saja tak haram. Saya pun tukar plan,  nasib baik ibu mertua masih bersama isteri saya. Saya minta beliau temankan anak dan cucu barunya. Memang sibuk betul saya pada masa itu.

Dalam pada itu saya telefon ejen pembantu rumah dan beliau beritahu memang si Khadijah (pembantu rumah saya yang lari tulah) telah lari. Khadijah memberitahu ejen bahawa dia tak sanggup jaga baby. Satu alasan yang tidak boleh diterima kerana dia telah dimaklumkan bahawa majikan menanti kelahiran baby sekitar bulan Julai sebelum dia memasuki Malaysia. Ejen berjanji akan memproses penggantian dalam masa 1 bulan tetapi gagal. Saya meminta refund dan ejen bersetuju tetapi hanya 75% sahaja yang akan dikembalikan.

Kini anak-anak saya hantar ke Taska buat sementara. Sebelum ini telah 2 pembantu rumah bekerja dengan saya tanpa sebarang masalah disepanjang tempoh kontrak mereka. Yang berbezanya ialah 2 pembantu rumah saya sebelum ini agak berusia dan punya suami di kampung. Khadijah pula seorang janda berusia 30 tahun dan punya anak satu. Dia tak pernah tinggal berasingan dengan dengan ibubapanya. Sewaktu masih menjadi isteri, mereka masih tinggal bersama ibubapa Khadijah. Apa yang saya dapat pelajari di sini ialah,

  • dia mungkin dah sah-sah tak tahu nak jaga baby dan kanak-kanak sebab semua perkara tersebut dilakukan oleh ibunya.
  • statusnya sebagai janda anak satu mungkin bukan tergolong dalam orang yang benar-benar susah di Indonesia kerana komitmennya pada keluarga agak kurang.
  • faktor usia yang masih muda menjanjikan peluang lebih besar bekerja di sektor lain di Malaysia.
  • mereka yang berasal dari Medan bukanlah tergolong dalam orang yang benar-benar susah di Indonesia.
  • berada kurang dari 1 minggu di pusat latihan pembantu rumah di Indonesia

Dua pembantu rumah saya sebelum ini :

  • telah berusia
  • berbangsa Jawa dan tinggal di Lampung, Sumatera selatan.
  • tinggal berasingan dari rumah ibubapa
  • bersuami
  • anak ramai
  • telah berada lebih dari 3 bulan di pusat latihan pembantu rumah di Indonesia

Saya sebenarnya ada menawarkan lanjutan kontrak kepada pembantu rumah saya sebelum ini, beliau bersetuju tetapi tidak diizinkan oleh suaminya, maka baliklah dia ke kampungnya. Atas pengalaman itulah saya memilih Khadijah kerana ada perancangan sekiranya dia bekerja dengan baik, saya akan menawarkan lanjutan kontrak setiap 2 tahun. Dia tidak punyai suami untuk minta izin bekerja, masih muda dan sudah tentu berupaya mengejar 3 anak lelaki saya berusia bawah 5 tahun. Kalau tua sangat macammana nak kejar 3 anak saya.

Maka kesimpulannya, saya sarankan jika anda ingin mengambil pembantu rumah, pilihlah pembantu rumah yang berusia, punya suami, anak ramai, bangsa Jawa, tinggal di pulau Jawa atau Sumatera selatan.Dan pilihlah yang telah lama berada di pusat latihan. Pembantu rumah saya yang ke-2, telah berada di pusat latihan pembantu rumah di Indonesia hampir 5 bulan. Cuba bayangkan, sanggupkah mereka mensia-siakan tempoh masa 4 bulan di pusat latihan di Indonesia dengan melarikan diri selepas bekerja 2 bulan di Malaysia. Jika mereka menamatkan kontrak 2 tahun, sebenarnya mereka telah meninggalkan kampung halaman selama 28 bulan (24 bulan kontrak + 4 bulan di pusat latihan). Tentu mereka berfikir “jika aku lari, aku telah mensia-siakan pengorbananku meninggalkan kampungku, suamiku, anak-anakku. Biarla ku tebus pengorbananku dengan Ringgit Malaysia. Untung-untung jika habis kontrak, majikan beri bonus, aduhhh… aku bisa tunggu.”

Tamat.