Ribut telah melanda Bandar Tasik Kesuma pada 5-Okt-2008 disebelah petang. Kawasan yang teruk mengalami kerosakan ialah di Fasa 6 yang terdiri dari blok rumah pangsa.
Mujur pada ketika itu kami tiada di rumah dan tiada sebarang kerosakan besar yang menimpa kami. Walau bagaimanapun, penat juga mengelap lantai dan meja tulis yang dibasahi air kesan dari limpahan air hujan yang memasuki rumah kami akibat kehilangan 23 keping atap genting. Itu jumlah yang pecah belum dikira lagi jumlah yang “diselak” oleh ribut tersebut. Dari jauh kelihatan bumbung kami tiada atap genting dan apalagi, menderulah air hujan memasuki siling kami. Pada ketika itu kami tiada dirumah kerana masih l
agi berada di kampung sempena Aidilfitri.
Kami mendapat panggilan dari jiran yang mengatakan sebahagian atap genting kami telah tiada. Inilah semangat kejiranan yang unggul. Sesungguhnya kejiranan kami memang hebat, “world class”, kalau ada aje apa-apa yang melibatkan rumah jiran, mereka akan memaklumkan secepat mungkin. Kenalilah mereka di http://sukarelawanrondaf7b.bandartasikkesuma.com sebuah laman Web yang dibangunkan khusus buat Pasukan Sukarelawan Ronda.
